Hari ni kami ingin berkongsi tentang isu keselamatan di rumah terutamanya untuk anak-anak kecil kita yang aktif. Sudah menjadi tabiat semulajadi anak-anak kecil, suka bermain sehingga kadang-kadang aktiviti mereka itu boleh mendatangkan kecederaan kepada diri mereka sendiri.
Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat yang selamat untuk anak bermain.Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah:
· Terjatuh akibat berlari-lari atau memanjat di dalam rumah.
· Terkena api
· Terambil racun
· Sesak nafas atau tercekik
· Lemas
InsyaAllah kami akan konsi panduan untuk menjadikan rumah kita lebih selamat dalam posting
yang akan datang. Bersamalah kita jadikan rumah kita selamat untuk anak kita membesar dan
bermain.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.