Monday, 2 May 2016

PERSEDIAAN MENUJU RAMADHAN
==============================
Sedar tak sedar kita semakin hampir menuju ke bulan mulia dan berkat iaitu bulan Ramadhan. Sudah bersediakah kita untuk benar-benar memaksimumkan pahala di bulan itu nanti?
Selalunya kita akan bercerita tentang persiapan Hari Raya yang serba baru dan cantik. Apa kata tahun ini kita raikan sekali kehadiran Ramadhan dengan meriah juga. Mungkin Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita.
Mari kita lakukan persediaan dari segi mental dan fizikal. Mungkin kita boleh beli jubah atau telekung baru untuk terawih, sediakan jadual masjid atau surau mana yang kita nak pergi terawih dan juga menyediakan ruang solat yang selesa dirumah kita sendiri untuk mudah dan selesa kita beribadah.
Kami di Melayu Jual Karpet ingin membantu anda untuk mendapatkan alas tempat solat yang selesa agar anda dapat melakukan ibadah dengan tenang dan aman.
Sempena kehadiran bulan Ramadhan ini kami ingin menawarkan Koleksi karpet Premium Plain kami pada harga istimewa agar kami dapat sama-sama berkongsi pahala dengan anda semua.
.
.
.
.
.
Harga biasa adalah seperti berikut:
Saiz 200cm x 150cm adalah RM220
Saiz 240cm x 200cm adalah RM300
Saiz 300cm x 200cm adalah RM350
.
.
.
.
.
.
.
Harga yang kami ingin tawarkan untuk tempahan sehingga 10 May 2016 adalah:

Saiz 200cm x 150cm
Bukan RM220
Bukan RM200
Tapi adalah RM187

Saiz 240cm x 200cm
Bukan RM300
Bukan RM280
Tapi adalah RM255

Saiz 300cm x 200cm
Bukan RM350
Bukan RM320
Tapi adalah RM298
  
Harga ini setelah diberikan DISKAUN 15%
Jangan lepaskan peluang hebat ini.
.
.
.
.
Segala tempahan perlu disertakan dengan deposit 50% dari harga yang ditawarkan.
Semua harga sudah termasuk kos penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Untuk Sabah & Sarawak surcaj Tambahan RM15 dikenakan.
.
.
.
.
.
.
.
Eh, nanti dulu.....
Kalau saya bayar full payment takde keistimewaan lagi ker?
Mestilah ada....
Ada tawaran yang lebih istimewa untuk mereka yang ingin membuat bayaran penuh semasa tempahan.
Khas untuk anda yang membuat bayaran penuh sebelum 10 May, kami menawarkan diskaun 5% lagi untuk anda. Harga ini akan dimaklumkan setelah tempahan dibuat.
Dah bersedia nak buat tempahan?
Klik di link ini untuk borang tempahan anda.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi HOTLINE 012 357 4948
Ps- yang berhajat nak membeli untuk didermakan pun boleh kami uruskan. InsyaAllah, pahala berkekalan selagi penerimanya menggunakan untuk beribadat.
Admin,
MNazri Razak
Melayu Jual Karpet.
012 357 4948

.

Thursday, 28 April 2016

TIPS HARIAN MJK
===============
Tidak Semua karpet boleh dicuci sendiri. Oleh sebab itulah terdapat perkhidmatan mencuci karpet di negara kita ini.
Karpet yang telah dicuci, kalau tidak dikeringkan dengan baik akan menimbulkan masalah lain pula iaitu masalah bau hapak.
Oleh itu, semasa ingin memilih jenis dan saiz karpet anda, faktor ini juga perlu diambil berat. Ini kerana karpet yang susah dicuci dan berat amat tidak sesuai bagi anda yang mempunyai anak kecil yang aktif

Tuesday, 5 April 2016

[BERUBAH TAK MUDAH, TAPI SEGALANYA BERMULA DI IMKK]


Hari ni sahabat #imkkdis2015 yang join #MMMJan2016 ada sessi personal coching dengan Dr. Azizan. Walaupun lokasi kejadian jauh nun kat setia alam, tapi aura sahabat yang posting kat sini tetap terasa.

Pagi ni aku nak kongsi sikit pasal program #imkk DAO ni. Sesiapa yang pernah join pasti setuju yang program ni MESTI dihadiri oleh semua orang. Sampai ada seorang sahabat kat #MMMMac2016 bagi cadangan program ni sebagai ganti kursus Pra Perkahwinan sekarang.

Tajuk program dia memang macam sceptikal sikit Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan. Macam keduniaan je kan? Semua orang ada pandangan sendiri tentang kaya dan berjaya. Tapi percayalah lepas ikut program ni, perspektif kaya dan berjaya kita akan berbeza.

Sebelum program aku sendiri biasa dengar dan sebut nilai ratus-ratus atau ribu riban je. Masa hari pertama tu otak jadi shock bila DAO asyik sebut Juta-juta je. Yelah, kita biasa terima gaji RM2500 je sebulan, setahun pun baru RM30,000. Kalau time berniaga ni pun lebih kurang itu jugak.

Lagi shock bila kita disuruh set matlamat. Otak ni dah biasa dengan limitasi. Nak pikir jauh sikit je sure orang cakap berangan macam Mat Jenin. Tapi DAO selalu bagitahu, kenapa kita selalu tak capai matlamat yang kita nak, Sebab kita tak jelas bila dan kenapa kita nak capai matlamat tu. Macam kita set azam tahun baru, tak capai tahun ni " Takpelah, tahun depan ada lagi ".

Program #imkk ni memang tak sama dengan program seminar lain. Tempoh program selama 3 hari je dah lain. Hari pertama dan kedua program start pukul 8.30 Pagi dan tamat dalam jadual pukul 10 Malam, tapi jangan tertipu. Paling awal program tamat pun dalam pukul 11@12. Kalau nasib baik boleh drag sampai lewat lagi.

Hari ketiga barulah habis awal dalam pukul 5@6 Petang. Itupun nak beri ruang peserta jauh mulakan perjalanan pulang awal sikit kot ( aku agak je). Pengisian program memang padat. Lengkap dari segi fizikal ( bara bara.. bere bere... hehehe....), mental dan spiritual. Memang energy level kita akan sentiasa kekal tinggi.

Kalau nak share secara detail, boleh keluar satu e-book pasal pengalaman di #imkk ni. Tapi apapun, segala ilmu dan pengalaman yang ditimba tidak akan memberi kesan jika diri kita sendiri tidak bergerak dan melakukan TINDAKAN. Kita boleh tarik kuda pergi ke tepi kolam, tapi kita tak boleh paksa dia minum air kolam tu kalau dia tak mahu.

Semoga semua sahabat FB ku ini diberi peluang oleh Allah untuk merasai pengalaman berada dalam #imkk. Yang dah pernah pergi pun pasti nak pergi lagi, dan lagi dan lagi.

Sapa nak saya share satu tips untuk mudah pergi #imkk walaupun sekarang ni anda rasa anda tak mampu. Tips ni pun saya belajar kat #imkk.

Siapa nak belajar?


Tarik nafas...... Tahan 3 saat... Lepaskan dengan kuat dan suara.... Ulang proses ni 3 kali.....

Tarik nafas perlahan... Tahan, dan lepaskan perlahan-lahan sambil menyebut 'Laillahaillallah'.....

Tarik lagi nafas perlahan, tahan dan lepaskan perlahan-lahan sambil menyebut 'Muhammadarrasulullah'....
Tarik lagi nafas, tahan dan lepaskan sambil menyebut 'Allah.. Allah... Allah...' berulang sehingga habis nafas.

Rasakan degup jantung anda, anda akan berada dalam zon gelombang Alpha. Dan anda boleh mula berdoa kepada Allah tentang hajat dan permintaan anda untuk ke IMKK.
Sebaik-baiknya jelas dan terang bila anda nak pergi.
Letakkan betul-betul pengharapan hanya kepada Allah.
Biar sampai menangis lebih baik.

Teknik ini boleh juga digunakan untuk hajat anda yang lain. Even nak dapatkan parking pun boleh.. hehehe yang dah pergi IMKK sure paham.

Saya doakan anda semua beriman, kaya dan berjaya.

Pesanan paling penting Mentor saya, tak guna anda buat apa pun jika hubungan dengan DIA anda abaikan....


p/s mana pulak tisu ni....

#MMMMac2016
#imkkdis2015
#nazristory
#melayujualkarpet
#allahkanada
#dao

Sunday, 3 April 2016

[JOM BERKENALAN DENGAN KARPET BALDU]

Anda pernah memiliki karpet baldu?

Lembut jer kan, tapi adakah anda tahu apa bahan yang digunakan untuk membuat karpet baldu tersebut?

Kenapa karpet baldu lembut dan boleh dilipat-lipat?

Secara asasnya ada 3 bahagian utama didalam sekeping karpet Baldu.

1. Bahagian permukaan atas karpet diperbuat dari kain jenis baldu yang sememangnya lembut.



2. Bahagian dalam atau tengah karpet dialas dengan sejenis span yang berketumpatan tinggi ( High Density Span).



3. Bahagian permukaan bawah akan dialas dengan getah non slip, sama ada dari jenis berbintik atau getah sepenuhnya.





Bahagian yang nombor dua adalah faktor yang membezakan ketebalan sesuatu karpet baldu tersebut. Semakin tebal bahan ini, semakin tebal dan selesa kaki kita memijaknya.

Semoga info ini bermanfaat kepada anda semua.

MJK - Lembut Di Kaki, Tenang Di Hati
3 TIPS MEMILIH KARPET
=====================
Sering kali kita berdepan dengan dilema untuk memilih karpet yang sesuai apabila berada di kedai karpet.
Hari ini MJK nak kongsi 3 tips mudah untuk memilih agar pembelian anda berbaloi dimata dan di poket.
1. Jangan beli karpet warna sedondon dengan warna perabot, dinding dan langsir. Suasana akan nampak pelik. Dekorasi rumah akan kelihatan lebih menarik apabila warna karpet itu sejajar dan serasi dengan warna dinding.
2. Bagi ruang tamu yang menempatkan set perabot warna gelap atau suram, permaidani warna terang serta kontra adalah pemilihan ideal.
3. Bagi bilik bersaiz kecil atau sempit, pilih permaidani berwarna cerah atau putih. Namun warna berkenaan tidak bersesuaian bagi keluarga yang memiliki anak kecil kerana karpet akan mudah comot.
Nantikan tips tambahan dari MJK.

ikhlas,
MJK - "Lembut Dikaki, Tenang Dihati"

Saturday, 2 April 2016

[100 KEPING KARPET YANG BERHARGA RM30, PERCUMA UNTUK ANDA]

Sempena pelancaran Koleksi Premium Hari Raya MJK, kami ingin memberi peluang kepada anda untuk merasai pengalaman menggunakan karpet kami secara PERCUMA.

Bentuk dan corak hanyalah mainan mata, namun yang lebih penting adalah keselesaan yang bakal kaki anda alami mampu menerobos ke hati hinggakan anda tidak mahu berganjak daripadanya.

Namun, kami inginkan sedikit pertolongan dari anda untuk memilih sendiri corak pilihan yang anda inginkan sebagai hadiah PERCUMA anda.



Best ke Best?

Anda boleh komen pilihan anda di post kami di page FB Melayu Jual Karpet, dan anda boleh share agar kawan-kawan anda turut boleh memilih.

Jangan risau, ini bukan pertandingan. Anda pilih dan anda akan dapat pilihan anda tersebut. Tapi tertakluk kepada SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

Komen pilihan saja ye, maklumat lain kami akan PM anda kemudian.

SELAMAT MEMILIH....

MJK - Lembut DiKaki, Tenang DiHati

Wednesday, 30 March 2016

Assalamualaikum...

Hari ni kami ingin berkongsi tentang isu keselamatan di rumah terutamanya untuk anak-anak kecil kita yang aktif. Sudah menjadi tabiat semulajadi anak-anak kecil, suka bermain sehingga kadang-kadang aktiviti mereka itu boleh mendatangkan kecederaan kepada diri mereka sendiri.

Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat yang selamat untuk anak bermain.Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah:


·         Terjatuh akibat berlari-lari atau memanjat di dalam rumah.
·         Terkena api
·         Terambil racun
·         Sesak nafas atau tercekik
·         Lemas

InsyaAllah kami akan konsi panduan untuk menjadikan rumah kita lebih selamat dalam posting 
yang akan datang. Bersamalah kita jadikan rumah kita selamat untuk anak kita membesar dan 
bermain.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.