3 TIPS MEMILIH KARPET
=====================
=====================
Sering kali kita berdepan dengan dilema untuk memilih karpet yang sesuai apabila berada di kedai karpet.
Hari ini MJK nak kongsi 3 tips mudah untuk memilih agar pembelian anda berbaloi dimata dan di poket.
1. Jangan beli karpet warna sedondon dengan warna perabot, dinding dan langsir. Suasana akan nampak pelik. Dekorasi rumah akan kelihatan lebih menarik apabila warna karpet itu sejajar dan serasi dengan warna dinding.
2. Bagi ruang tamu yang menempatkan set perabot warna gelap atau suram, permaidani warna terang serta kontra adalah pemilihan ideal.
3. Bagi bilik bersaiz kecil atau sempit, pilih permaidani berwarna cerah atau putih. Namun warna berkenaan tidak bersesuaian bagi keluarga yang memiliki anak kecil kerana karpet akan mudah comot.
Nantikan tips tambahan dari MJK.
ikhlas,
MJK - "Lembut Dikaki, Tenang Dihati"
MJK - "Lembut Dikaki, Tenang Dihati"
No comments:
Post a Comment