[BERUBAH TAK MUDAH, TAPI SEGALANYA BERMULA DI IMKK]
Hari ni sahabat #imkkdis2015 yang join #MMMJan2016 ada sessi personal coching dengan Dr. Azizan. Walaupun lokasi kejadian jauh nun kat setia alam, tapi aura sahabat yang posting kat sini tetap terasa.
Pagi ni aku nak kongsi sikit pasal program #imkk DAO ni. Sesiapa yang pernah join pasti setuju yang program ni MESTI dihadiri oleh semua orang. Sampai ada seorang sahabat kat #MMMMac2016 bagi cadangan program ni sebagai ganti kursus Pra Perkahwinan sekarang.
Tajuk program dia memang macam sceptikal sikit Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan. Macam keduniaan je kan? Semua orang ada pandangan sendiri tentang kaya dan berjaya. Tapi percayalah lepas ikut program ni, perspektif kaya dan berjaya kita akan berbeza.
Sebelum program aku sendiri biasa dengar dan sebut nilai ratus-ratus atau ribu riban je. Masa hari pertama tu otak jadi shock bila DAO asyik sebut Juta-juta je. Yelah, kita biasa terima gaji RM2500 je sebulan, setahun pun baru RM30,000. Kalau time berniaga ni pun lebih kurang itu jugak.
Lagi shock bila kita disuruh set matlamat. Otak ni dah biasa dengan limitasi. Nak pikir jauh sikit je sure orang cakap berangan macam Mat Jenin. Tapi DAO selalu bagitahu, kenapa kita selalu tak capai matlamat yang kita nak, Sebab kita tak jelas bila dan kenapa kita nak capai matlamat tu. Macam kita set azam tahun baru, tak capai tahun ni " Takpelah, tahun depan ada lagi ".
Program #imkk ni memang tak sama dengan program seminar lain. Tempoh program selama 3 hari je dah lain. Hari pertama dan kedua program start pukul 8.30 Pagi dan tamat dalam jadual pukul 10 Malam, tapi jangan tertipu. Paling awal program tamat pun dalam pukul 11@12. Kalau nasib baik boleh drag sampai lewat lagi.
Hari ketiga barulah habis awal dalam pukul 5@6 Petang. Itupun nak beri ruang peserta jauh mulakan perjalanan pulang awal sikit kot ( aku agak je). Pengisian program memang padat. Lengkap dari segi fizikal ( bara bara.. bere bere... hehehe....), mental dan spiritual. Memang energy level kita akan sentiasa kekal tinggi.
Kalau nak share secara detail, boleh keluar satu e-book pasal pengalaman di #imkk ni. Tapi apapun, segala ilmu dan pengalaman yang ditimba tidak akan memberi kesan jika diri kita sendiri tidak bergerak dan melakukan TINDAKAN. Kita boleh tarik kuda pergi ke tepi kolam, tapi kita tak boleh paksa dia minum air kolam tu kalau dia tak mahu.
Semoga semua sahabat FB ku ini diberi peluang oleh Allah untuk merasai pengalaman berada dalam #imkk. Yang dah pernah pergi pun pasti nak pergi lagi, dan lagi dan lagi.
Sapa nak saya share satu tips untuk mudah pergi #imkk walaupun sekarang ni anda rasa anda tak mampu. Tips ni pun saya belajar kat #imkk.
Tarik nafas...... Tahan 3 saat... Lepaskan dengan kuat dan suara.... Ulang proses ni 3 kali.....
Tarik nafas perlahan... Tahan, dan lepaskan perlahan-lahan sambil menyebut 'Laillahaillallah'.....
Tarik lagi nafas perlahan, tahan dan lepaskan perlahan-lahan sambil menyebut 'Muhammadarrasulullah'....
Tarik lagi nafas, tahan dan lepaskan sambil menyebut 'Allah.. Allah... Allah...' berulang sehingga habis nafas.
Rasakan degup jantung anda, anda akan berada dalam zon gelombang Alpha. Dan anda boleh mula berdoa kepada Allah tentang hajat dan permintaan anda untuk ke IMKK.
Sebaik-baiknya jelas dan terang bila anda nak pergi.
Letakkan betul-betul pengharapan hanya kepada Allah.
Biar sampai menangis lebih baik.
Teknik ini boleh juga digunakan untuk hajat anda yang lain. Even nak dapatkan parking pun boleh.. hehehe yang dah pergi IMKK sure paham.
Saya doakan anda semua beriman, kaya dan berjaya.
Pesanan paling penting Mentor saya, tak guna anda buat apa pun jika hubungan dengan DIA anda abaikan....
p/s mana pulak tisu ni....